JellyPages.com

Wednesday, 28 November 2012

Pernafasan


Pernafasan

1. Haiwan perlu bernafas untuk hidup.
2. Seperti manusia, haiwan mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida serta wap air semasa bernafas.
3. Haiwan yang berbeza mempunyai struktur pernafasan yang berbeza.
4. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis struktur pernafasan haiwan.
Struktur pernafasan
Penjelasan
Peparu
1. Kebanyakan haiwan darat bernafas melalui peparu.
2. Haiwan akuatik seperti ikan paus, ikan lumba-lumba, dan penyu juga bernafas melalui peparu.
Katak



Monyet


Ular
Ikan paus

Insang
1. Hampir semua haiwan yang hidup di dalam air (haiwan akuatik bernafas melalui insang).
Ikan


Struktur trakea
1. Serangga bernafas melalui trakea, iaitu sistem saluran udara halus yang bercabang ke seluruh badan. Udara masuk melalui spirakel, iaitu liang halus yang terdapat pada abdomen dan diangkut melalui salur udara ke sel-sel badan.

Belalang


Kulit lembap
1. Katak dan salamander bernafas melalui peparu dan juga kulit lembap.
2. Cacing tanah bernafas melalui kulit lembap sahaja, kulit lembap membantu menyerap oksigen ke dalam badan.
Cacing
Insang buku
1. Insang buku merupakan struktur pernafasan yang berbentuk seperti buku.
Ketam

Peparu buku
1. Peparu buku merupakan struktur pernafasan yang berbentuk seperti buku.
Labah-labah





13 comments:

  1. Allhamdulillah dpt juga maklumat tentang haiwan ni..nak buat poster sains

    ReplyDelete
  2. anai anai bernafas melalui stuktur trakea atau kulit lembab?

    ReplyDelete
  3. selain drp katak dan cacing,binatang apakah yg bernafas melalui kulit lembap?

    ReplyDelete
  4. 3 haiwan yang bernafas melalui peparu dan kulit ?

    ReplyDelete
  5. Organ pernafasan tapak sulaiman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg cakap peperu atau kukit lembab. Minta pencerahan

      Delete