JellyPages.com

Thursday, 15 November 2012

Cara-cara Haiwan Melindungi Daripada Bahaya


Pengenalan
Haiwan perlu melindungi diri daripada bahaya, cuaca yang melampau, ancaman musuh,keadaan kering dan angin kencang. Jika tidak haiwan tersebut tidak dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Lama-kelamaan, ia akan mengalami kepupusan.

 Cara-cara haiwan melindungi diri daripada musuh

Sifat khas
Contoh haiwan
Bercangkerang keras
Penyu, kura-kura, ketam
Berkuku tajam
Helang, kucing, singa, harimau
Badan bersisik keras
Tenggiling, buaya
Tanduk yang tajam dan keras
Rusa jantan, lembu jantan, kambing jantan
Deria penglihatan yang mempunyai medan yang luas iaitu hampir 360°c atau pendengaran yang tajam
Membolehkan haiwan mengesan musuh dan melarikan diri.

Arnab, ayam, rusa (medan penglihatan yang luas)
Kucing, anjing (pendengaran yang tajam)
Menggulungkan diri
Menggulungkan diri supaya menjadi bebola yang sukar dibuka atau menggulungkan diri dan berpura-pura mati.
Tenggiling, ulat tonggok
Mengeluarkan bau busuk
Bau yang busuk akan menyebabkan musuh lari.
Pepijat, lipas
Mempunyai sengat atau racun berbisa
Sengat atau racun boleh menyakitkan atau membunuh musuh.
Ular, tebuan, lipan, lebah
Penyamaran
Warna atau corak pada badan yang hampir menyerupai keadaan sekeliling.
Sumpah-sumpah, kuda belang, beluncas
Menyorok
Menyembunyikan diri dalam cangkerang atau lubang supaya tidak dikelihatan oleh musuh.
Siput babi, kura-kura, tikus

 Cara-cara haiwan melindungi diri daripada iklim yang sesuai atau cuaca yang buruk

Sifat khas
Contoh haiwan
Lapisan lemak yang tebal
Lapisan lemak berfungsi  sebagai penebat haba untuk mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran dalam iklim yang sejuk.
Ikan paus, singa laut
Bulu yang tebal
Bulu yang tebal memerangkap lapisan udara yang akan menghilangkan haba terbebas ke persekitaran.
Biri-biri, beruang kutub
Berhibemasi
Tidur sepanjang musim sejuk untuk mengurangkan penggunaan tenaga.
Tupai, beruang, ular
Mempunyai bonggol untuk menyimpan air
Membekalkan air dalam iklim yang panas seperti gurun.
Unta
Kulit berlipat-lipat dan berkedut
Untuk menambahkan luas permukaan bagi membebaskan haba ke persekitaran dalam cuaca yang panas.
Gajah, badak sumbu








5 comments:

  1. Jadual yang dibina jelas dibaca dan mudah dibaca...bagus!

    ReplyDelete
  2. ~clap~clap~clap~terbaik :) :)

    ReplyDelete
  3. ilmu pengetahuan yang sangat baik :)

    ReplyDelete
  4. boleh saye tanye.... macam mane nak tambah gadget atau lagu dalam blogspot?......boleh terangkan..

    ReplyDelete