JellyPages.com

Wednesday 28 November 2012

Haiwan yang diancam kepupusan !



Haiwan yang diancam kepupusan !


1. Badak Sumatra
Badak Sumatra (Dicerorhinus sumatrensis) adalah badak yang berukuran paling kecil di antara semua spesies badak di dunia. Badak di hutan kepulauan Sumatera, Malaysia dan Thailand  ini dinyatakan diancam kepupusan dan dianggarkan hanya ada enam populasi di alam liar atau tinggal 300 ekor saja. Faktor utama berkurangnya jumlah badak ini adalah pemburuan liar. Di pasar gelap,sumbu badak ini berharga 30.000 dolar AS per kilogram. Selain itu, kadar pembiakan yang lambat juga menyebabkan mereka berada diambang kepupusan.

2. Esrichtiius Robustus
Jumlah haiwan seberat 30 tan ini hanya dianggarkan 100 ekor sahaja yang masih hidup, dan daripada 100 itu hanya ada 23 ekor betina yang masih wujud di wilayah perairan Pasifik Selatan.


3. Serigala Merah
Anda pernah menonton filem animasi Ice Age? Filem ini menceritakan kehidupan unik tentang haiwan pada zaman ais, zaman dimana hampir seluruh permukaan bumi ditutupi ais dan haiwan bernama serigala merah (Canis lupus rufus) ini adalah salah satu haiwan Ice Age yang masih hidup hingga kini. Para pengkaji menganggarkan hanya ada 250 ekor sahaja yang masih hidup pada masa kini.




4. Harimau Siberia
Harimau Siberia (Panthera tigris altaica) adalah spesies harimau yang pernah  tinggal di wilayah Cina, Semenanjung Korea, dan Mongolia. Namun, kini haiwan tersebut hanya boleh hidup bebas berkeliaran di Rusia, di wilayah perlindungan kawasan Amur-Ussuri. Dianggarkan 350 hingga 450 sahaja yang masih hidup.



5. Musang Berkaki Hitam
Akibat ketamakan manusia yang terus mencemarkan alam sekitar tanpa henti, musang berkaki hitam (Mustela nigripes) hampir pupus dari muka bumi ni. Haiwan asli Amerika Utara ini kini dinyatakan sebagai mamalia paling terancam  di  AS. Haiwan malam hari atau nokturnal ini memburu haiwan seperti prairie dog sebagai makanan utama. Seiring menurunnya jumlah populasi haiwan buruannya, jumlah musang berkaki hitam ini juga ikut berkurang.

6. Buaya Filipina
Sesuai namanya, buaya Filipina (Crocodylus mindorensis) adalah spesies buaya yang dilindungi di Filipina. Berdasarkan survei pada tahun 1995, buaya bertubuh  kecil ini hanya tinggal 100 ekor di Filipina. Hal ini menjadikan buaya tersebut sebagai satu dari spesies haiwan paling terancam di dunia.

7. Gorila Gunung
Sejak gorila gunung (Gorilla beringei beringei) ditemui pada akhir tahun 1902, jumlah populasi haiwan ini pun turut terus berkurang akibat pembalakan liar, aktiviti pemburuan , dan perdagangan haiwan haram. Saat ini, jumlah Gorila Gunung yang mampu hidup di kawasan dingin ataupun panas ini hanya ada 720 ekor yang tersebar di wilayah Uganda.



8. Yu Gangga
Yu yang menghuni Sungai Gangga di India bernama Yu Gangga (Glyphis gangeticus) dan memiliki reputasi sebagai pemakan manusia sebaliknya banyak diburu oleh manusia untuk diambil minyaknya. Selain itu, semakin tercemar dan kotornya Sungai Gangga menjadikan faktor lain yang menyebabkan spesies ini kian pupus.



9. Orangutan
Orangutan Sumatra (Pongo abelii). Primape ini adalah pemakan buah-buahan dan serangga. Seperti biasa, penyebab berkurangnya jumlah mereka adalah habitat yang dimusnahkan dan pemburuan liar. Orangutan ini termasuk salah satu daripada haiwan yang memiliki kemampuan reproduksi rendah. Pongo abelli betina hanya mampu melahirkan tiga anak selama masa hidupnya.



10. Burung Kondor California
Burung kondor California (Gymnogyps californianus) adalah burung pemakan bangkai asal California, AS, yang mempunyai masa hidup paling panjang dibandingkan dengan burung lain, aitu sekitar 50 tahun. Gara-gara perburuan liar dan makin kurangnya habitat, burung  ini hampir musnah secara keseluruhan pada 1980. Namun usaha pemuliharaan dari pelbagai pihak, burung ini selamat. Kini, terdapat 332 Burung Kondor California di kawasan pemuliharaan, termasuk 152 ekor di alam liar.



Kebanyakkan haiwan-haiwan ini hampir pupus disebabkan oleh perbuatan manusia seperti pemburuan haram dan merosakkankan alam sekitar. Kita bersama-sama bekerjasama menjaga dan menghargai haiwan-haiwan dan alam sekitar kerana kalau boleh kita ttdak mahu apa yang kita ada pada masa sekarang ini tidak ada pada zaman anak cucu-cicit kita nanti. 







7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Penerangan cikgu cukup dan teliti. Bagus...

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing...^^

    ReplyDelete
  4. Now I can make my homework!!! thanks teacher ^_^

    ReplyDelete
  5. Teacher, apa dia itu "Serigala Merah"

    ReplyDelete