Haiwan
yang diancam kepupusan !
1. Badak Sumatra
Badak Sumatra
(Dicerorhinus sumatrensis) adalah badak yang berukuran paling kecil di antara
semua spesies badak di dunia. Badak di hutan kepulauan Sumatera, Malaysia dan
Thailand ini dinyatakan diancam kepupusan dan dianggarkan hanya ada
enam populasi di alam liar atau tinggal 300 ekor saja. Faktor utama
berkurangnya jumlah badak ini adalah pemburuan liar. Di pasar gelap,sumbu
badak ini berharga 30.000 dolar AS per kilogram. Selain itu, kadar pembiakan
yang lambat juga menyebabkan mereka berada diambang kepupusan.
|
2. Esrichtiius
Robustus
Jumlah haiwan seberat 30
tan ini hanya dianggarkan 100 ekor sahaja yang masih hidup, dan daripada 100
itu hanya ada 23 ekor betina yang masih wujud di wilayah perairan Pasifik
Selatan.
|
3. Serigala Merah
Anda pernah menonton filem animasi Ice Age?
Filem ini menceritakan kehidupan unik tentang haiwan pada zaman ais, zaman
dimana hampir seluruh permukaan bumi ditutupi ais dan haiwan bernama serigala
merah (Canis lupus rufus) ini adalah salah satu haiwan Ice Age yang masih
hidup hingga kini. Para pengkaji menganggarkan hanya ada 250 ekor sahaja yang masih hidup
pada masa kini.
|
4. Harimau Siberia
Harimau Siberia (Panthera tigris altaica)
adalah spesies harimau yang pernah tinggal di wilayah Cina, Semenanjung
Korea, dan Mongolia. Namun, kini haiwan tersebut hanya boleh hidup bebas
berkeliaran di Rusia, di wilayah perlindungan kawasan Amur-Ussuri.
Dianggarkan 350 hingga 450 sahaja yang masih hidup.
|
5. Musang Berkaki Hitam
Akibat ketamakan manusia yang terus
mencemarkan alam sekitar tanpa henti, musang berkaki hitam (Mustela nigripes)
hampir pupus dari muka bumi ni. Haiwan asli Amerika Utara ini kini dinyatakan sebagai mamalia paling
terancam di AS. Haiwan malam hari atau nokturnal ini memburu
haiwan seperti prairie dog sebagai makanan utama. Seiring
menurunnya jumlah populasi haiwan buruannya, jumlah musang berkaki hitam ini
juga ikut berkurang.
|
6. Buaya Filipina
Sesuai namanya, buaya Filipina (Crocodylus
mindorensis) adalah spesies buaya yang dilindungi di Filipina. Berdasarkan survei pada
tahun 1995, buaya bertubuh kecil ini hanya tinggal 100 ekor di Filipina.
Hal ini menjadikan buaya tersebut sebagai satu dari spesies haiwan paling
terancam di dunia.
|
7. Gorila Gunung
Sejak gorila gunung (Gorilla beringei
beringei) ditemui pada akhir tahun 1902, jumlah populasi haiwan ini pun turut
terus berkurang akibat pembalakan liar, aktiviti pemburuan , dan perdagangan
haiwan haram. Saat ini, jumlah Gorila Gunung yang mampu hidup di kawasan
dingin ataupun panas ini hanya ada 720 ekor yang tersebar di wilayah Uganda.
|
8. Yu Gangga
Yu yang menghuni Sungai Gangga di India
bernama Yu Gangga (Glyphis gangeticus) dan memiliki reputasi sebagai pemakan
manusia sebaliknya banyak diburu oleh manusia untuk diambil minyaknya. Selain itu, semakin
tercemar dan kotornya Sungai Gangga menjadikan faktor lain yang menyebabkan
spesies ini kian pupus.
|
9. Orangutan
Orangutan Sumatra (Pongo
abelii). Primape ini adalah pemakan buah-buahan dan serangga. Seperti biasa,
penyebab berkurangnya jumlah mereka adalah habitat yang dimusnahkan dan
pemburuan liar. Orangutan ini termasuk salah satu daripada haiwan yang
memiliki kemampuan reproduksi rendah. Pongo abelli betina hanya mampu
melahirkan tiga anak selama masa hidupnya.
|
10. Burung Kondor California
Burung kondor California (Gymnogyps
californianus) adalah burung pemakan bangkai asal California, AS, yang
mempunyai masa hidup paling panjang dibandingkan dengan burung lain, aitu
sekitar 50 tahun. Gara-gara perburuan liar dan makin kurangnya habitat, burung ini
hampir musnah secara keseluruhan pada 1980. Namun usaha pemuliharaan dari
pelbagai pihak, burung ini selamat. Kini, terdapat 332 Burung Kondor
California di kawasan pemuliharaan, termasuk 152 ekor di alam liar.
|
Kebanyakkan haiwan-haiwan ini hampir pupus disebabkan oleh perbuatan
manusia seperti pemburuan haram dan merosakkankan alam sekitar. Kita
bersama-sama bekerjasama menjaga dan menghargai haiwan-haiwan dan alam sekitar
kerana kalau boleh kita ttdak mahu apa yang kita ada pada masa sekarang ini
tidak ada pada zaman anak cucu-cicit kita nanti.
Wow, Great blog !
ReplyDeleteThanks!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePenerangan cikgu cukup dan teliti. Bagus...
ReplyDeleteThanks for sharing...^^
ReplyDeleteNow I can make my homework!!! thanks teacher ^_^
ReplyDeleteTeacher, apa dia itu "Serigala Merah"
ReplyDelete